Monday, April 9, 2012

Tanda lelaki betol-betol menyayangi teman wanitanya ♥

Apabila seseorang lelaki pernah jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ni, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pergorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu. Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka atau untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.. Selain tu, jika teman lelaki kamu sentiasa hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan hubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang.  Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingatikan orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lacar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu. Jadi terbukalah, mendengar nasihatnya. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga teman lelakimu menyatakan bahawa dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana menyelamatkannya daripada berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti seperti budak-budak kecil semata-mata ingin mendapat perhatian daripada kamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati. sesekali cubalah memujuknya. Jangan pulak kamu menyangka manjanya itu mengada-ngada. Lelaki sanggup berubah sikap machonya kepada seorang lelaki berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.







B, terima kasih banyak-banyak sebab selama ni b banyak bersabar dengan baby. Terima kasih jaga baby waktu baby sakit dulu, terima kasih b. Terima kasih sentiasa mendampingi baby saat baby susah, senang, suka dan duka. Terima kasih atas segala pengorbanan b untuk baby selama ni. Terima kasih sayang. Baby taktau nak balas budi baik b  macam mana. Baby mampu membalas dengan penuh rasa sayang, cinta baby terhadap b. Baby sayang b sangat-sangat. Jangan tinggalkan baby :(



Sunday, April 1, 2012